About Me

My photo
i m syahada...my friends always col me adda..n i love that sweet name bcoz it was given by my mum...I LOVE MY MUM soooo much...eventhough i never ever tell her that i love her this much... all i do just now only 4 my beloved n lovely mum...

Wednesday, November 17, 2010

belajar memaafkan...


Orang kata, "indahnya ukhuwah itu.."
Ditambah pula..
"..andai bertemu & berpisah kerana Allah"
Aku berfikir..indah benarkah ia?

Tika hati terluka lara
saat benci menguasai sukma
sejuta kebaikan lalu ditelan maya
satu kesalahan mu menjadi sisa

Ukhuwah kita ini kerana apa?
hati kita ini kurniaan siapa?
kata-kata mu juga dari mulut siapa?
adakah dgn pinjaman ini niatmu sengaja?

Mudahnya menutur maaf
mudah juga memberi maaf
bila hati sudah redha memaaf
tapi masih berbekas, walau sudah memaaf..

sepertinya sakit benar..
sepertinya tidak merelakan..

Ku renung dalam2 ayat itu..

"bencilah kesalahannya,
tapi jangan kau benci orangnya."

Mampukah aku?
berbuat begitu pada saudaraku, keluargaku,
temanku,sahabatku & pada setiap yg ku cinta?
Saat mereka 'ter' khilaf,
adakah kemaafanku redha mengiringi kesalahan mereka?

tapi, demi sebuah ukhuwah & cinta
akan aku perjuangkan
kerana Allah yang menjadi saksinya

kerana pada setiap diri itu
yang ku benci hanya khilafnya
tetap cinta pada pelakunya
yang ku sakit hanya pada katanya
tetap sayang pada pelakunya


Ku lihat kata2 As-Syafi'i
"Aku mencintai orang2 soleh.."

diteruskan dengan titisan jernih air mata
"..meski aku bukan dari bahagian mereka,
dan aku membenci para pemaksiatNya,
meski aku tak berbeza dari mereka.."

Insan hebat berkata begitu
namun, aku ingin menjadi lebih hebat
kerana Allah yang menjadi saksinya
dalam tiap ikatan ukhuwah kita

"kerana tiap yang beriman itu tetaplah rembulan,
memiliki sisi yang kelam
yang tak pernah ingin dilihat sesiapa pun,
maka cukuplah bagiku memandang sang bulan
pada sisi indah yang menghadap ke bumi.."

Indahnya pada selalu memberi..
Indahnya pada sesekali merasai..
Kedua itu adalah saling..
bukanlah asing2..
seperti sang rembulan
yang kadang harus menggerhanai matahari..

Maafkanlah..
Leraikanlah..
Redhailah..
hidup ini terlalu singkat utk membenci..



salam aidiladha buat semua umat islam...

salam, hari ne 17/11/2010 merupakan hari besar bagi semua umat islam kerana menjalankan ibadah korban...
oleh itu, aku juga mengorbankan masaku bersama keluarga dengan harapan dapat belajar dengan baik di sini.. namun, kesedihan terasa juga tatkala sayup-sayup kedengaran takbir bergema... oh, mak selamat hari raya aidiladha mak... pagi-pagi lagi aku telah menelefon ibuku untuk ucapan itu... suara damia nun jauh di sana membuatkan hati ini rindu...namun apakan daya terlalu banyak perkara yang harus aku lakukan di sini sebelum habis semester ini..


indahnya kalau dapat beraya bersama keluarga...erm,,, tidak mengapa sesungguhnya pengorbanan itu perlu untuk meneruskan hidup ini...hari ini aku keseorangan seperti biasa tanpa teman untuk berbicara... kawan-kawan kelas mangajak aku untuk makan dirumah mereka dan pergi ke rumah pensyarah untuk beraya kononya...namun aku amat tertekan dengan banyak perkara juga yang sekaligus menyebabkan aku tidak mahu mengikut mereka...maaf ye kawan-kawan saya amat pening sekarang ini...
nasib baik semalam pakwe erin ada membeli lemang dan rendang untuk hidangan pagi ini, takde lah sedey sangat...ermm. 


apepun semoga pengorbanan ini membuahkan hasil...good luck adda!!!
damia in sad mood
~ perut lapa la plak,,,,udah dulu ya~

Monday, November 1, 2010

macam tidak percaya!!!

betul-betul tidak ku sangka semester ini hampir habis ku lalui, aku telah menamatkan semester 7....Alhamdulillah... tinggal tubggu exam je ne...harap-harap aku dapat melaluinya dengan tenang dan baik... wahhh...semester depan da praktikal...xsangkanyer..ermmm semoga semuanya dalam keadaan yang baik...
Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menempuhi hidup ini....selagi aku masih mampu bernafas, selagi aku masih mampu berjalan,, selagi dayaku masih ada...berikanlah aku kekuatan ini agar dapat ku teruskan perjuangan ini...demi mencari redhamu ya Rahman....
pic xde kaitan dengan cter aku...

gambar ini tak de kaitan dengan cerita aku namun kegembiraan di hati aku ada ku lampirkan secara konkrit dalam gambar ini...hehehe
nak dijadikan cerita, pagi tadi, aku beli kuih dan ada budak yang jual kuih tu dalam lingkungan umur 14 tahun begitu ramah dengan akau dengan bertanyakan berapa umur aku tanpa sempat aku bertanya lagi jenis kuih n nasi lemak yang ingin ku beli...aku pon tanye dia kenapa saya namapk muda ke??? hehe..
kanak-kanak tersebut kata ye,,, akak nampak mude n maintain... betol k????
heeheee...perasan terlebey pulok...
ape pun aku amat bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang sehingga kini untuk terus melihat dunia dan mengenal isinya...sungguh aku benar-benar bertuah...
tak kesah pon kawan-kawan aku selalu kata aku sangat kurus, mcm xckup makan n so on...
seronok gak begini terasa muda...hukhuk