oleh itu, aku juga mengorbankan masaku bersama keluarga dengan harapan dapat belajar dengan baik di sini.. namun, kesedihan terasa juga tatkala sayup-sayup kedengaran takbir bergema... oh, mak selamat hari raya aidiladha mak... pagi-pagi lagi aku telah menelefon ibuku untuk ucapan itu... suara damia nun jauh di sana membuatkan hati ini rindu...namun apakan daya terlalu banyak perkara yang harus aku lakukan di sini sebelum habis semester ini..
indahnya kalau dapat beraya bersama keluarga...erm,,, tidak mengapa sesungguhnya pengorbanan itu perlu untuk meneruskan hidup ini...hari ini aku keseorangan seperti biasa tanpa teman untuk berbicara... kawan-kawan kelas mangajak aku untuk makan dirumah mereka dan pergi ke rumah pensyarah untuk beraya kononya...namun aku amat tertekan dengan banyak perkara juga yang sekaligus menyebabkan aku tidak mahu mengikut mereka...maaf ye kawan-kawan saya amat pening sekarang ini...
nasib baik semalam pakwe erin ada membeli lemang dan rendang untuk hidangan pagi ini, takde lah sedey sangat...ermm.
apepun semoga pengorbanan ini membuahkan hasil...good luck adda!!!
damia in sad mood
~ perut lapa la plak,,,,udah dulu ya~
No comments:
Post a Comment