About Me

My photo
i m syahada...my friends always col me adda..n i love that sweet name bcoz it was given by my mum...I LOVE MY MUM soooo much...eventhough i never ever tell her that i love her this much... all i do just now only 4 my beloved n lovely mum...

Saturday, August 20, 2011

percaya atau tidak ia memang dah berlaku...

hari ini, sudah pon masuk ramadhan yang ke-21, ia menunjukkan betapa pantas masa berlalu, bersama dengan kesibukan aku sehingga tak sempat nak update blog ne...hehetak mengapalah,,, coretan buat diriku sahaja... aku kini, sudah bergelar graduan setelah selesai berkonvo di salah sebuah Universiti tempatan... Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya aku dapat jua menghabiskan pengajianku... erm...tenang seketika, jauh dari hiruk pikuk tugasan-tugasan yang banyak menyakitkan otak aku serta poket aku...erm, beselah nama pun berlajar...hish, sedar tidak sedar hubungan aku dengan AH pon tamat sudah semasa aku menjalankan praktikal lagi...nak buat macamana jodoh tiada...
terkilan itu tiadalah namun kecewa masih berbaki lantaran orang yang menjadi pengganti dirinya sekarang ini masih lagi tidak dapat menerima kewujudan dia dalam sejarah hidupku...erm, adakah soalnya dia terlalu istimewa? erm...tak tau nak cakap macamana, tetapi secara jujurnya beliau merupakan cinta pertamaku...pelbagai perkara aku belajar menerusi hubungan pertamku ini...kesabaran, pengorbanan, kesetiaan, kejujuran dan macam-macam lagi...Bagiku setiap manusia mempunyai sejarah dalam medewasakannya untuk menempuhi hidup ini...tetapi kenapa si dia masih tidak dapat menerimaku sejarah itu? aku kah yang bersalah? dia juga mempunyai sejarah lampau yang pastinya lebih menduga kepercayaanku terhadapnya...namun kerana sayang aku pejamkan mata dan menerima dengan hati terbuka...kenapa mesti mempersoalkan tentang dia? arghhhh....sememangnya keegoaan itu membuatkan aku terluka... biarlah, bagiku yang berlalu tidak akan berulang...percaya atau tidak ia memang pernah berlaku, kewujudannya dihatiku pernah membuahkan rasa sayang...tapi itu dulu..percayalah...

Wednesday, May 11, 2011

aku dan air mata

hampir setiap hari aku berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji kesabaran aku, tatkala aku kelihatan gembira, ketawa dan bergurau senda, hakikatnya hati ini cuba untuk menyembunyikan kesedihan di dalam benak hatiku...aku cuba menghiburkan orang yang berada disekelilingku sedangkan hakikatnya hatiku amat terluka...ujian ini sesungguhnya memang perlu namun kadang kala membuatkan aku mengeluh panjang... adakah aku insan terpilih sehinggakan aku kerap kali diuji???
perlukan aku menitiskan air mata jika ujian itu buatku??? sampai bilakah??? mahu tak mahu aku akan teruskan perjuangan hidup ini...jika ini takdir hidupku sesungguhnya aku redha..
pelbagai manusia seperti kurang senang dengan kehadiranku walau dimanapun aku berada pasti ada orang yang amat baik denganku sehinggakan aku terharu tidak kurang juga yang seringkali membuat aku keliru dengan berpura-pura baik ataupun seringkali mendatangkan masalah padaku...kadangkala aku juga cuba muhasabah diri ini agar aku tidak terus menyalahkan mereka mahupun takdir tetapi keluhan dan air mata adalah jalan terbaik untukku...doaku agar dipermudahkan perjalanan hidupku dan urusan yang akan aku tempuhi...laguku buat dendangan hatiku...

ANTARA HUJAN DAN AIR MATA - SALEEM
Selebat hujan yang turun
Mencurah membasahi bumi
Tidak selebat hujan
Di dalam jiwaku
Sehebat halilintar
Membelah langit yang kelabu
Tidak sepanas petir
Yang membakar hidupku
Oh hujan
Di antara airmataku
Menitis laju

Bersama pilu pilu
Kucuba menghapuskan
Kenangan waktu silam
Namun bertambah membara
Rindu yang ku sekamkan
Semakin aku mencuba
Semakin terasa siksa
Inikah yang kau tinggalkan
Untuk diriku
Oh kasih...

[ Antara Hujan Dan Airmata lyric found on www.lirik.tv ]

Thursday, April 21, 2011

isteri-isteri sentiasa dara

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra  
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. 

('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam. 


Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga. 


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38: 

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, 

(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), 

(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,


(38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .

Saturday, March 5, 2011

entah

assalamualaikum...

aku xtaw knp n mgapa ngn driku ini...hari ini rase sume bnda wt xbest je...tringat kisah2 silam n kwn2 lama... aku nk p wt sales pon rase xde mud...nape ne da??? bgunla bangkitla....pe guna p avail rally haritu??? penin2..trying by hard to motivate myself..apa nak jadi ngan dri aku ne pon xtaw ler...mgkin hari mangkin tua taw bukan magkin muda...erm...
adda, u have to know yourself very well rather than just looking around without doing anything!!! so bertindak!!!

Sunday, February 20, 2011

kwnku mgndung...

bay kwn sekelas mandarin 1 aku semasa  di universiti dulu didapati mengandung minggu lepas setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga. kini baru berapa minggu sahaja kandungan beliau sedangkan kami baru sahaja mahu menjalankan praktikal.
masa praktikal ini rasanya memerlukan pelbagai pengorbanan masa dan tenaga membuatkan aku amat risau dengan keadaanya..muntah-muntah dan loya sudah pasti, sabar jelah bay...semoga kau tabah dan kuat!!! jiwa rempit mesti kuat!!!! huhu

Saturday, February 12, 2011

aku ialah guru pelatih...

berlatih dan bertatih untuk terus menjadi guru pelatih kerana aku telah ditakdirkan untuk berlatih menjadi guru pelatih di SMK Seremban jaya, Senawang, Negeri Sembilan. Pengalaman mengajar aku erti sebuah kehidupan dalam meniti arus pembangunan hahaha...Kini barulah aku sedar betapa sukar menjadi pendidik ibarat asingkan garam dan gula dalam tupperware. penat aku melangkah memakai kasut bertumit tinggi rasenya seolah-olah baru semalam aku duduk di kerusi pelajar kini aku sudah menjadi pendidik. payah jerih n perit namun aku perlu melaluinya kerana aku perlu menjadi pendidik demi anak bangsa. Ya Allah permudahkan urusanku di sini....amin...

Tuesday, February 1, 2011

bila sedikit sahaja nikmat ditarik...

2 hari lalu aku membantu mak membuat kerepek pisang untuk dimakan begitu sahaja...huhu kerana 'excited' sangat nak tolong kerana bertahun lamanya mak tidak melakukan kerja-kerja seperti itu lalu sejurus bangun dari tidur aku pon terus menolong mak menyagat pisang tanduk...secara tidak sedar aku telah menyagat sebahagian daripada jemari telunjuk belah kananku...wah darah melimpah tanpa hentinya hampir setengah jam jugala....huhu namun berkat keprihatinan mak...dengan menyelup garam dijariku, dengan izinNya terhentilah darah tersebut...alhamdulillah... tetapi mak oi pedihnye tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...huhu sedappppp.....tapi mak selalu pesan dalam hidup ne kena berani...ape tu orang putih cakap...''dare to survive''...gitula agaknye..jadi aku malas nak menagis dah kerana tangisan kadang-kadang membunuh...membunuh jiwa kita untuk menghadapi kenyataan,...huhu

lepas daripada kejadian itu aku pon masukla kije lambat,,jadikan sebagai alasan...huhu...lepas daripada kejadian itu aku membungkus jemari ku da macam orang kene potong tangan,,,banyak gak customer bertanyakan hal jariku ini namun dengan selamba aku menjawab saya kira duit banyak sangat la ne....huhu...
sakit gak tersentuh pape je berdarah...minyak gamat sentiasa berada disitu...huhu...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan ujian ini aku lebih menghargai diri dan nikmat yang diberikan olehNya....amin