About Me

My photo
i m syahada...my friends always col me adda..n i love that sweet name bcoz it was given by my mum...I LOVE MY MUM soooo much...eventhough i never ever tell her that i love her this much... all i do just now only 4 my beloved n lovely mum...

Sunday, February 20, 2011

kwnku mgndung...

bay kwn sekelas mandarin 1 aku semasa  di universiti dulu didapati mengandung minggu lepas setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga. kini baru berapa minggu sahaja kandungan beliau sedangkan kami baru sahaja mahu menjalankan praktikal.
masa praktikal ini rasanya memerlukan pelbagai pengorbanan masa dan tenaga membuatkan aku amat risau dengan keadaanya..muntah-muntah dan loya sudah pasti, sabar jelah bay...semoga kau tabah dan kuat!!! jiwa rempit mesti kuat!!!! huhu

Saturday, February 12, 2011

aku ialah guru pelatih...

berlatih dan bertatih untuk terus menjadi guru pelatih kerana aku telah ditakdirkan untuk berlatih menjadi guru pelatih di SMK Seremban jaya, Senawang, Negeri Sembilan. Pengalaman mengajar aku erti sebuah kehidupan dalam meniti arus pembangunan hahaha...Kini barulah aku sedar betapa sukar menjadi pendidik ibarat asingkan garam dan gula dalam tupperware. penat aku melangkah memakai kasut bertumit tinggi rasenya seolah-olah baru semalam aku duduk di kerusi pelajar kini aku sudah menjadi pendidik. payah jerih n perit namun aku perlu melaluinya kerana aku perlu menjadi pendidik demi anak bangsa. Ya Allah permudahkan urusanku di sini....amin...

Tuesday, February 1, 2011

bila sedikit sahaja nikmat ditarik...

2 hari lalu aku membantu mak membuat kerepek pisang untuk dimakan begitu sahaja...huhu kerana 'excited' sangat nak tolong kerana bertahun lamanya mak tidak melakukan kerja-kerja seperti itu lalu sejurus bangun dari tidur aku pon terus menolong mak menyagat pisang tanduk...secara tidak sedar aku telah menyagat sebahagian daripada jemari telunjuk belah kananku...wah darah melimpah tanpa hentinya hampir setengah jam jugala....huhu namun berkat keprihatinan mak...dengan menyelup garam dijariku, dengan izinNya terhentilah darah tersebut...alhamdulillah... tetapi mak oi pedihnye tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...huhu sedappppp.....tapi mak selalu pesan dalam hidup ne kena berani...ape tu orang putih cakap...''dare to survive''...gitula agaknye..jadi aku malas nak menagis dah kerana tangisan kadang-kadang membunuh...membunuh jiwa kita untuk menghadapi kenyataan,...huhu

lepas daripada kejadian itu aku pon masukla kije lambat,,jadikan sebagai alasan...huhu...lepas daripada kejadian itu aku membungkus jemari ku da macam orang kene potong tangan,,,banyak gak customer bertanyakan hal jariku ini namun dengan selamba aku menjawab saya kira duit banyak sangat la ne....huhu...
sakit gak tersentuh pape je berdarah...minyak gamat sentiasa berada disitu...huhu...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dengan ujian ini aku lebih menghargai diri dan nikmat yang diberikan olehNya....amin